Published On: Sun, Jan 29th, 2012

UPDATE 3: HARI TERBUKA KONSULAT 2012

SYARAT – SYARAT WAJIB BAGI PEMBUKAAN GERAI BAZAR SEMPENA HARI TERBUKA KONSULAT JENERAL MALAYSIA, JEDDAH, KHAMIS, 2 FEBRUARI 2012
 
Dengan segala hormatnya, Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah selaku penganjur merujuk kepada perkara di atas dan ingin memaklumkan kepada semua pengelola-pengelola Gerai Bazar yang akan diadakan pada 2 Februari 2012 bertempat di perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah adalah di wajibkan untuk mematuhi syarat-syarat seperti berikut:
i.                    Dibuka hanya kepada rakyat Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Arab Saudi;
ii.                  Agensi-agensi Kerajaan Malaysia yang berpusat di Jeddah sahaja dibenarkan untuk membeli dan membuka kaunter mereka;
iii.                Harga jualan gerai adalah berdasarkan pada harga semeja sebanyak SR 100.00 (sekiranya 2 meja setapak, maka harga adalah SR 200.00 dan seterusnya);
iv.                Deposit bayaran bagi Kebersihan dikenakan sebanyak SR 50.00 (sekali sahaja) setapak dan boleh dikembalikan selepas Majlis dan inspeksi yang hanya boleh dibuat oleh pihak penganjur;
v.                  Penjualan jenis makanan ataupun barangan adalah terbuka namun tidak dibenarkan untuk menjual minuman panas, jus, tin dan apa jua berbentuk berkarbonat;
vi.                Penjualan minuman-minuman keras adalah dilarang sama sekali;
vii.              Pembuangan sampah haruslah dibuat ditempat yang disediakan sahaja;
viii.            Penjualan makanan haruslah yang telah dimasak dan tidak dibenarkan sama sekali untuk memasak atau mengoreng apa jua bahan mentah makanan di dalam perkarangan Konsulat;
ix.                Pemanasan makanan dan juga pembakaran satay sahaja dibenarkan di dalam perkarangan Konsulat;
x.                  Semua tapak-tapak Gerai Bazar hanya ditempatkan di dalam perkarangan Konsulat dan mana-mana pihak yang di dapati menjual makanan, minuman atau barangan di luar perkarangan Konsulat adalah dilarang dan pihak polis Arab Saudi boleh mengenakan tindakan dan perkara tersebut adalah bukan di bawah tanggungjawab pihak penganjur; dan
xi.                Tempat tapak Gerai Bazar bagi pengelola-pengelola adalah termaktub pada bayaran diterima ‘First Come First Serve Basis’ dan di mana penempatan tapak Gerai pengelola-pengelola hanya akan ditentukan oleh pihak penganjur dan keputusan adalah muktamad.
Gerai-Gerai Bazaar adalah seperti berikut:
Gerai 1           :Kaunter Promosi Malaysia Airlines
Gerai 2           : Kaunter Penerangan Tabung Haji
Gerai 3           : Kaunter Penerangan THTS
Gerai 4&5      : Pakaian
Gerai 6           : Pameran Batik
Gerai 7           : Kuih Muih & Frozen Food
Gerai 8           : Kuih Muih
Gerai 9           : Laksam & Air Soya
Gerai 10         : Mi Soto/Bihun Sup
Gerai 11         : Satay
Gerai 12         : DVD/VCD
Gerai 13         : Minuman Panas/Sejuk/Berkarbonat
Gerai 14&15  : Roti Canai/Aneka Rasa/Roti
Gerai 16         : Ayam Percik & Kuih Muih
Gerai 17         : Nasi Lemak/Kuewtiaw/Kuih Muih
Gerai 18         : Kaunter Penerangan dan Pendaftaran Konsulat Jeneral
2.         Kerjasama dan keperihatinan kepada semua pihak berkenaan adalah amat dihargai dan ucapan terima kasih sekali lagi di atas sokongan yang diberikan kepada Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah selama ini.
URUSETIA
HARI TERBUKA KONSULAT 2012

About the Author

Avatar of Suhaimi Abdul Rahman

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>